In Malaysia Language

Rujukkan dari ;

Jabatan Tenaga Kerja , kementerian Sumber Manusia Malaysia

Garis Panduan Penggajian Pembantu Rumah Asing

FAQ

SOAL JAWAB EHWAL PENGAMBILAN DAN PENGGAJIAN PEMBANTU RUMAH ASING

 

BAGI MAJIKAN

SOALAN 1


Saya amat memerlukan khidmat pembantu rumah asing, Jabatan, manakah yang perlu  saya rujuk bagi urusan pengambilan pekerja golongan ini?

 

JAWAPAN
 
Tuan/Puan bolehlah merujuk kepada Pembantu Rumah Asing, Jabatan Imigresen Malaysia yang beralamat di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Tingkat 2 (PODIUM), No. 15 Persiaran Perdana, Presint 2, 62250 Putrajaya atau menghubungi
03-88801457 untuk pertanyaan.

 

SOALAN 2

Pembantu Rumah Asing saya telah berkhidmat selama dua tahun dan di dalam tempoh tersebut tidak ada sebarang permasalahan dihadapi oleh beliau. Walaubagaimanapun pagi tadi semasa saya balik ke rumah, saya dapati beliau telah tiada bersama pakaiannya. Apa yang perlu saya lakukan?

JAWAPAN

Tuan/Puan perlu segera membuat laporan kepada balai polis berhampiran bagi tujuan pemakluman kehilangan tersebut. Seterusnya sila rujuk ke Unit Pembantu Rumah Jabatan Imigresen bagi tujuan pembatalan permit kerja.

 

SOALAN 3

Pembantu Rumah Asing yang sedang saya gajikan didapati amat degil dan tidak menuruti kehendak pekerjaan yang telah ditetapkan oleh saya. Apa yang perlu buat bagi memulihkan keadaan ini? Bolehkah saya memotong gaji beliau dengan tujuan mendidik beliau agar lebih bertanggungjawab?

 

JAWAPAN
 
Terma dan syarat penggajian pembantu rumah tuan/puan adalah tertakluk kepada kontrak penggajian yang telah terdahulu ditandatangani. Tuan/Puan tidak boleh membuat apa jua pemotongan gaji bagi tujuan tersebut. Pemotongan gaji adalah jelas melanggar kontrak penggajian pembantu rumah tersebut. Bagi mengatasi permasalahan ini tuan/puan dinasihatkan untuk berhubung dengan Jabatan Tenaga Kerja terdekat atau pihak kedutaan bagi tujuan rundingan.

 

SOALAN 4

Saya ada menggajikan seorang Pembantu Rumah Asing dan sangat berpuashati dengan perkhidmatan beliau. Adakah dibenarkan di dalam undang undang-undang untuk saya memberikan beliau sagu hati atau kenaikan gaji?

JAWAPAN

Upah minima pembantu rumah adalah tertakluk di dalam kontrak penggajian yang dipersetujui di antara majikan dan pembantu rumah. Kenaikan gaji atau sagu hati adalah dibenarkan selama mana ianya tidak terkurang daripada kontrak tersebut.
 

BAGI PEMBANTU RUMAH ASING

 

SOALAN 1

Saya bekerja di rumah majikan dari pagi hingga ke malam, selain di rumah, saya turut diarah membantu majikan berkerja di restoran miliknya. Adakah ini dibenarkan?

JAWAPAN
 
Selain daripada tugasan yang ditetapkan di dalam kontrak penggajian, lain-lain tugasan adalah dilarang. Sekiranya ia berlaku, tuan/puan hendaklah memaklumkan perkara ini secepat mungkin ke mana-mana Jabatan Tenaga Kerja terdekat.

 

SOALAN 2

Saya telah berkerja dengan majikan selama dua tahun, walaubagaimanapun sehingga kini gaji saya tidak pernah dibayar malah disimpan oleh majikan. Adakah perkara ini dibenarkan?

JAWAPAN

Kegagalan majikan membayar gaji adalah jelas melanggar kontrak penggajian tuan/puan bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil berhubung perkara ini, tuan/puan dinasihatkan untuk merujuk kepada Jabatan Tenaga kerja terdekat bagi membolehkan tindakan yang berkaitan diambil.

 

 PENGHANTARAN PULANG

 

Bagi penamatan kontrak pekerjaan atau pembatalan Pas Kerja Pembantu Rumah Asing oleh Pihak Bekuasan di Malaysia, MAJIKAN HENDAKLAH MENANGGUNG KOS PERJALANAN PULANG PEMBANTU RUMAH ASING KE  NEGARA ASALNYA. Bagi Pembantu Rmah Asing yang ditamatkan perkhidmatannya oleh majikan atas sebab salah laku, Pembantu Rumah Asing hendaklah menanggung kos penghantaran pulangnya ke negara asal.

Sekiranya ingin menghantar balik Pembantu Rumah Asing ke negara asal atau selepas tamat kontrak dan pembantu tidak akan kembali,' check out memo' hendaklah dipohan di Jabatan Imigresen Malaysia. Kegagalan berbuat semikian akan menyebabkan pembantu rumah tersebut berstatus masih aktif berkerja dengan majikan dan untuk permohonan baru, pembantu rumah tersebut dikira lari dan denda untuk permohonan baru, pembantu rumah tersebut dikira lari dan senda sebanyak RM250 perlu dibayar kepada Jabatan Imigresen Malaysia.