Guidelines Tips from are refer by Ministry of Human Resource , Malaysia
In Malaysia Language
Rujukkan dari ;
Jabatan Tenaga Kerja , kementerian Sumber Manusia Malaysia
Garis Panduan Penggajian Pembantu Rumah Asing
Tips-Tips Utama Penggajian (Bagi Majikan)
Memahami Pembantu Rumah Asing
Latarbelakang berbeza
Majikan haruslah memahami dan menghormati budaya, adat-resam, bahasa, agama PRA, kehidupan, adat dan budaya PRA dan begitu juga Pembantu Rumah Asing perlu memahami adat resam, budaya, bahasa, agama masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Sikap saling suasana perhubungan yang harmoni dan seterusnya dapat mengurangkan konflik dikalangan PRA dan majikan.
Berjauhan dari keluarga dan rakan-rakan
Kebiasaan sesiapa yang berjauhan dengan keluarga dan rakan akan berasa kesunyian. Majikan perlu membantu Pembantu Rumah Asing dengan membenarkan mereka untuk berhubungan dengan keluarga dan rakan-rakan di negara asal.
Hubungan Kerja yang baik bermula dengan komunikasi
Majikan perlu menggalakkan PRA untuk bertanya soalan atau memaklumkan masalah yang dihadapinya. Jelaskan kepadanya apakah yang perlu dilakukan dan tugasnya. Komunikasi yang baik akan mengurangkan salah faham dan pertikaian.
Memberikan Latihan Sewajarnya
Menerangkan, menunjukkan, menyelia dan beri maklumbalas
Majikan hendaklah memainkan peranan dalam melatih dan menunjukkan cara kerja yang betul serta memberi galakkan kepada Pembantu Rumah Asing. Pembantu Rumah Asing akan lebih cepat belajar cara-cara kerja dilaksanakan oleh majikan. Beri pujian kepada mereka apabila kerja dilakukan dengan baik. Jika mereka berterusan menunjukkan prestasi yang baik, adalah wajar untuk memberi bonus atau kenaikan gaji. Sekiranya prestasi mereka kurang baik, majikan boleh pertimbangkan untuk mendapatkan Pembantu Rumah Asing yang lain atau mencari alternatif lain bagi keperluan rumah mereka.
Membuat perancangan tugas atau kerja Pembantu Rumah Asing
Majikan perlu pastikan bebanan kerja yang diberikan kepada Pembantu Rumah Asing adalah bersesuaian pada setiap hari.
Majikan perlu memantau mereka dari semasa ke semasa dan mengulangi arahan dan penerangan apabila perlu.
Majikan perlu menyediakan jadual kerja harian ataupun mingguan untuk Pembantu Rumah Asing. Ini akan membantu mereka merancang tugas yang diberikan dengan lebih baik.
Jika Pembantu Rumah Asing bertanggungjawab menjaga anak-anak, majikan harus:
a. Menerangkan perkara asas bagaimana untuk menjaga anak
b. Memaklumkan apakah harapan majikan terhadap tugas yang diberikan
c.Memberitahu sebarang keperluan khas anak-anak
Jika dipertanggungjawab untuk menjaga dan menguruskan ahli keluarga yang tua atau kurang upaya, majikan harus pastikan Pembantu Rumah Asing maklum tentang:
• Sebarang keperluan pemakanan atau diet khas Bagaimana menangani dan menguruskan sebarang keperluan khas ahli keluarga tersebut seperti keperluan fizikal dan perubatan. Tuliskan arahan yang sukar dilakukan
Jika Pembantu Rumah Asing memasak, majikan harus berbincang dengannya:
a. Sebarang keperluan pemakanan atau diet khas resepi, bahan-bahan dan cara memasak
|