Guidelines of taking Foreign Maids below are refer by Ministry of Human Resource , Malaysia

In Malaysia Language

Rujukkan dari ;

Jabatan Tenaga Kerja , kementerian Sumber Manusia Malaysia

Garis Panduan Penggajian Pembantu Rumah Asing
 

TANGGUNGJAWAB MAJIKAN

  • Membuat pemeriksaan kesihatan bagi Pembantu Rumah Asing di panel Klinik FOMEMA Sdn Bhd. Dalam masa satu (1) bulan dari tarikh ketibaan di pintu masuk.
  • Sekiranya Pembantu Rumah Asing gagal dalam pemeriksaan kesihatan (unfit), majikan perlu menguruskan penghantaran pulang segera dengan mendapatkan Memo periksa keluar dari Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
  • Memastikan Pembantu Rumah Asing membuat kerja-kerja rumah sahaja.
  • Mendapatkan kelulusan khas daripada JIM jika Pembantu Rumah Asing dikehendaki bekerja di tempat lain selain daripada alamat yang tertera di dalam permit kerja Pembantu Rumah Asing.
  • Menyediakan kemudahan bilik/tempat tinggal serta kemudahan asas yang sesuai untuk pembantu Rumah Asing.

  • Menyediakan makanan dan memberi rehat yang secukupnya kepada Pembantu Rumah Asing.
  • Majikan bukan Islam yang menggaji Pembantu Rumah Asing yang beragama Islam mestilah menghormati sensitiviti agama Pembantu Rumah Asing dengan membenarkan Pembantu Rumah Asing melaksanakan ibadah seperti sembahyang dan puasa.
  • Majikan bukan Islam yang menggajikan Pembantu Rumah Asing yang beragama Islam dilarang menyuruh Pembantu Rumah Asing melakukan kerja rumah yang bertentangan dengan agama Islam seperti memasak khinzir; memandikan anjing peliharaan dan sebagainya.
  • Memastikan pembantu Rumah Asing tidak berkahwin dengan rakyat tempatan, rakyat asing atau pekerja asing semasa bekerja di negara ini.
  • Membayar gaji dan menyimpan rekod pembayaran gaji Pembantu Rumah Asing.
  • Menyediakan rawatan perubatan kepada Pembantu Rumah Asing sekiranya Pembantu Rumah Asing didapati sakit atau mengalami kecederaan ketika bertugas.
  • Melaporkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia sekiranya Pembantu Rumah Asing meninggal dunia, hilang atau melarikan diri dari tempat sepatutnya dia bekerja.
  • Tidak dibenarkan memukul atau melakukan apa-apa perbuatan yang mendatangkan kecederaan kepada Pembantu Rumah Asing.
  • Menanggung kos penghantaran pulang Pembantu Rumah Asing ke negara asal mereka setelah tamat tempoh kontrak atau penamatan atas kehendak majikan yang bukan disebabkan kesalahan Pembantu Rumah Asing. Majikan tidak menanggung kos penghantaran sekiranya Pembantu Rumah Asing melakukan sebarang kesalahan yang melanggar peraturan/undang-undang negara Malaysia.
  • Membayar gaji Pembantu Rumah Asing pada atau sebelum 7 haribulan bulan berikutnya pada setiap bulan. Gaji hendaklah dibayar secara tunai. Sekiranya gaji hemdak dibayar melalui akaun, akaun bank hendaklah dibuka di atas nama Pembantu Rumah Asing.

  • Tidak melakukan apa-apa kecederaan atau penderaan dari segi fizikal, psikologi dan seksual ke atas Pembantu Rumah Asing.

  •  Memaklumkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia sebelum tarikh keberangkatan, sekiranya bercadang untuk membawa Pembantu Rumah Asing ke luar negara.


TANGGUNGJAWAB PEMBANTU RUMAH ASING

  • Hanya dibenar melakukan kerja rumah seperti dinyatakan dalam kontrak perkhidmatan. Kerja seperti memasak atau perniagaan catering majikan, menyediakan makanan di gerai atau bekerja di kedai, pejabat atau perniagaan majikan adalah tidak dibenarkan.
  • Hanya dibenarkan bekerja di alamat majikan yang tertera di dalam permit kerja.
  • Tidak dibenarkan terlibat dalam atau memilik perniagaan termasuk perniaggaan majikan.
  • Hendaklah menetap di kediaman majikan seperti tertera di dalam permit kerja.
  • Hendaklah patuh kepada arahan majikan dalam menjalankan kerja-kerja rumah.
  • Hendaklah menjaga dan menguruskan orang tanggungan majikan (termasuk anak-anak/ibu bapa) dengan baik dan penuh tanggungjawab.
  • Tidak dibenarkan berkahwin dengan warganegara Malaysia ataupun penduduk tetap Malaysia.
  • Tidak dibenarkan hamil atau melahirkan anak semasa bekerja di Malaysia.
  • Pembantu Rumah Asing hendaklah dari semasa ke semasa menjaga tingkah laku, adab-sopan, menjaga etika berpakaian agar tidak mendedahkan diri kepada sebarang bentuk tingkah laku yang boleh mendatangkan gangguan seksual dari majikan, tanggungan majikan serta ahli keluarga majikan yang lain.
  • Sentiasa patuh kepada undang-undang Malaysia, peraturan, polisi semasa serta adat dan tradisi rakyat Malaysia.

 

TANGGUNGJAWAB  AGENSI PEKERJAAN

  • Apabila diminta oleh majikan, memohan kelulusan bagi pihak majikan dari pihak berkuasa yang bertanggungjawab di Malaysia untuk melatih atau menggaji Pembantu Rumah Asing.
  • Menyediakan profil Pembantu Rumah Asing berpandukan spesifikasi yang diberikan oleh majikan bagi tujuan pemilihan Pembantu Rumah Asing.
  • Memastikan Pembantu Rumah Asing yang diberikan kepada majikan adalah memenuhi spesifikasi sebagaimana permintaan majikan.
  • Bertanggungjawab atas pengurusan kemasukan Pembantu Rumah Asing semasa dan selepas tiba di Malaysia.
  • Menyediakan Pembantu Rumah Asing gantian sekiranya Pembantu Rumah Asing yang dipilih tidak lulus pmeriksaan perubatan dalam masa tiga (3) bulan seperti yang dipersetujui antara agensi dan majikan.
  • Mengaturkan pembaharuan Pas Kerja Pembantu Rumah Asing tiga (3) bulan sebelum tarikh luput jika dibenarkan oleh majikan.
  • Menyimpan dan mengemaskini rekod majikan dan Pembantu Rumah Asing, termasuk keluarga terdekat Pembantu Rumah Asing. Agensi juga hendaklah memaklumkan kepada Kedutaan Besar Negara Sumber mengenai rekod yang telah dikemaskini.

 

KANDUNGAN KONTRAK PERKHIDMATAN

           Kontrak pekerjaan/ perkhidmatan yang ditandatangani oleh 3 pihak iaitu Majikan, Pembantu Rumah Asing dan Agensi Pekerjaan, hendaklah menyenaraikan terma-terma minimum pekerjaan yang wajib dipatuhi oleh ketiga-tiga pihak tersebut. Ianya adalah merupakan satu-satunya dokumen yang diiktiraf oleh KERAJAAN MALAYSIA bagi tujuan perlindungan penggajian Pembantu Rumah Asing.

            Terma-terma minima yang perlu dinyatakan di kontrak pekerjaan/ perkhidmatan standard bagi Pembantu Rumah Asing adalah seperti berikut:

 

Tempoh Kontrak

Majikan hendaklah menggaji Pembantu Rumah Asing berdasarkan terma-terma kontrak dari tarikh ketibaan pekerja domestik itu di rumah majikan dan Pembantu Rumah Asing hendaklah terus bekerja di bawah terma-terma tersebut dalam jangka masa selama 2 TAHUN atau sehingga masa tertentu di manu kontrak tersebut ditamatkan mengikut mana yang lebih dahulu.

 

Kadar Gaji

Gaji pokok minumum yang perlu dibayar oleh majikan adalah tertakluk kepada perjajjian yang telah dibuat bersama Pembantu Rumah Asing.

 

Pembayaran Upah

Majikan hendaklah membayar Pembantu Rumah Asing dengan gaji pokok bulanan yang telah dipersejui pada setiap bulan dan bayaran hendaklah dibuat secara tunai melalui akaun bank pada hari kerja terakhir Pembantu Rumah Asing setiap bulan. Pembayaran perlu dibuat majikan selewat-lewatnya sebelum atau pada 7 haribulan bagi setiap bulan.

 

Pengurangan Upah

Sekiranya majikan membayar gaji kurang daripada yang tertera di dalam kontrak pekerjaan, Pembantu Rumah Asing perlu:

  • Minta penjelasan majikan mengenai pemotongan-pemotongan yang telah dilakukan;
  • Jangan perakui penerimaan penyata gaji yang diberikan majikan; dan
  • Sekiranya terdapat bukti jelas bahawa pemotongan-pemotongan yang dilakukan majikan tidak jelas atau tidak munasabah, laporkan segera perkara ini di mana-mana Jabatan Tenaga Kerja terdekat SECEPAT MUNGKIN.

Pemotongan Upah

Pemotongan upah Pembantu Rumah Asing adalah DILARANG kecuali bagi tujuan-tujuan berikut:
  • Ponteng kerja, potangan adalah tidak melebihi jumlah purata tempoh ponteng tersebut; dan
  • Bayaran pendahulan upah yang diberikan oleh majikan kepada Pembantu Rumah Asing, potongan bulanan yang berkaitan hendaklah tidak melebihi 50% daripada kadar upah bulanan.

Cuti Rehat

Pembantu Rumah Asing hendaklah diberi satu hari cuti rehat pada tiap-tiap minggu sebagaimana yang ditetapkan oleh majikan dari semasa ke semasa. Hari cuti rehat hendaklah dalam masa berterusan 24 JAM. Jika majikan mengkehendaki Pembantu Rumah Asing bekerja pada hari rehatnya, Pembantu Rumah Asing tidak boleh menolaknya tanpa sebab yang munasabah tetapi hendaklah diganti dengan hari lain (sebagai cuti atau dibayar gaji tambahan sebanyak satu hari gaji.

 

Penamatan Kontrak

Majikan boleh menamatkan khidmat Pembantu Rumah Asing tanpa notis jika Pembantu Rumah tersebut melakukan sebarang SALAH LAKU yang bertentangan dengan tugaskan sebagai Pembantu Rumah ATAU jika beliau melanggar sebarang syarat di dalam kontrak perkhidmatan.

 

Salah Laku

Salah laku adalah termasuk perkara-perkara berikut:
  • Sengaja berkerja dengan majikan lain;
  • Sengaja mengingkari arahan majikan yang munasabah dan sah di sisi undang-undang;
  • Sengaja mengabaikan tugasnya dan sentiasa lewat memulakan kerjanya;
  • Didapati bersalah kerana menipu dan tidak amanah;
  • Terlibat dengan kegiatan-kegiatan haram dan bertentangan dengan undang-undang.
  • Penderaan terhadap orang -orang tanggungan majikan.

Hak Penamatan Kontrak

Pembantu Rumah Asing boleh menamatkan kontrak pekerjaannya tanpa notis sekiranya:
  • Diancam secara munasabah, bimbang akan keselamatannya atau diancam oleh keganasan atau penyakit;
  • MENJADI MANGSA DERA ATAU LAYANAN BURUK MAJIKAN (Sila berhubung dengan Pejabat Tenaga Kerja Terdekat bagi tujuan pemakluman segera)
  • Majikan telah melanggar apa-apa syarat yang termaktub di dalam kontrak atau gagal mematuhi mana-mana undang sivil mahupun jenayah yang berkaitan di Negara ini.